Kadang2 rasa terhina, kenapa? Sebab aku pakai bridging visa. Visa protection. Kau tahu apa maksudnya, visa perlindungan,visa tu orang yang bermasalah dan ada masalah di Malaysia. Tapi aku tak ada masalah, aku apply visa tu dengan alasan aku nak bayar PTPTN, nak cari duit segera. Visa aku lulus aku guna alasan tu. So, perlu ke menghina sebab aku pakai bridging A. Kadang2 terkesan dengan komen2 manusia suci di pages Malaysian In Australia tu. Apa ntah nama Cina tu, nampak sangat provoke dia. Yes, dia datang dengan cara yang sah, skill visa, kerajaan hantar, dapat PR dll. Diaorang mampu bayar visa mahal2, diaorang berpeluang, rezeki dia awal. Tapi kami tak macam korang. Kami tak bertuah macam korang. jadi korang yang PR sini, kerja dah stable kat sini jangan la pandang rendah kepda pemetik buah macam kami ni. Aku tak mampu dan bertuah macam korang. sungguh. Aku nak cari duit untuk bayar PTPTN dan build hidup baru di Malaysia sikit je. Kau ingat aku mampu ke buat kerja berat macam ni. Aku tak mampu, cuma aku kuatkan semangat je, aku taknak balik dengan tangan kosong. 8 jam lebih kerja, petik buah, angkat buah, packing buah, kau ingat senang? susah, penat. Kalau kena hari hujan, ribut, petir, bayangkan kami dalam farm macam mana? AZAB wei, AZAB! Tapi ni pilihan kami, kami kena usaha untuk masa depan. Korang pun cakap, 'padan la, masa kat Malaysia dulu malas, belajar tak pandai, tu yang tak dapat kerja best2 macam kami ni. Kami ni usaha, memang patut dapat setimpal dengan apa yang kami usahakan. Pastu, bila kami cakap macam ni, korang pulak rasa terhina, kecik hati. dasar PEMALAS nak benda senang je'. HEY HEY HEY, excuse me!!! Keep your mouth shut and listen!
Kami 1 rumah 4 orang, semua ada MASTER, keluaran UKM, tajaan MY BRAIN KPT. Yes, fully sponsorship. Aku & suami degree dari UMK, kakak & kawan dia degree dari UMS. Dan kami adalah sekelas dari UKM. Ingat senang ke nak keluarkan sebijik tesis? Payah ooo payah. Aku pun pernah jgk merasa kerja dalam econ, pegang title Jr. HR Executive kat HQ company supermarket terbesar Malaysia kat USJ 1. Korang mesti tau kan nama company tu. Aku HR, husband aku Ordering Pesonnel. Bukan nak menidakkan rezeki Allah bagi, tapi dengan kehidupan sekarang memang gaji tu tak cukup, 6 bulan trainee aku dapat RM2010, patu naik RM200 jadi RM2210 sebulan gaji. No OT, walaupun kerja lebih dari tempoh dia. Kadang2 nak siapkan payroll sampai 9 malam kerja. Hari cuti sabtu ahad pun kadang2 kerja. Pastu akan dapat replacement, dengan syarat, hari Sabtu kena kerja full (selalu lebih masa kerjanya), ahad half day, baru la dapat 1 hari replacement, tapi nak siapkan tu memang kena kerja full la sabtu ahad sampai malam. Bayangkan, azabnya nak dapatkan RM2210 tu sebulan. Husband aku dapat gaji RM1700 je. Nak gelak pun ada. Ahahahhah. Maklum la Head Of Department Abg B*ngl*. Kalau nak harapkan duit gaji tu, memang sampai harini la tak boleh kahwin kot. sambil2 tu aku niaga online & jadi enumerator. Kami 4 org, buat partime dengan UKM, edar questionnaire, setahun lebih jugak partime tu. Then dengan duit tu aku buat kahwin & beli keta 2nd cash. Struggle tau kami duk Malaysia nak kumpul duit.
So, korang yang rezeki sampai awal tu, tolong la jangan pandang hina pada kami yang kerja pemetik buah ni. Memang visa tu tak sepatutnya kami apply, tapi kami tak ada choice. Kami tak lama duk sini, bagila kami cari duit sikit nak ubah hidup, aku tak nak merempat kat negara sendiri, cukuplah aku merempat kat negara orang. Tak lama kami menumpang, paling lama pun tak sampai 5 tahun, sebelum passport mati akmi balik @ selepas visa refuse. Memang tak dinafikan, ramai yang acah2 hebat, over acting bila duk sini, terlalu lama duk sini sampai tak ada apa2 (visa mati,passport hilang), cakap besar sampai korang menyampah. Aku pun menyampah jugak tau. Kadang2 terfikir, diaorang ni tak ada tujuan hidup ke macam mana ha? So, korang takleh pukul rata, yang pakai bridging ni semua bermasalah. kami tak, kami cuba buat yang terbaik, taknak orang benci. Kadang2 kami join komuniti yang Free English Speaking Class . Cerita2, sembang2. Seronok sangat. Mentor semua orang Australia. selalu tanya kenapa tak datang, penat ke kerja harini. Dia kesiankan kami yang jadi kuli kat negara dia. Tapi diaorang sangat2 hargai kami tau. Selalu say thanks.
Ni cuma pandangan peribadi aku. Nak terima ke tak terpulang. Aku tulis sebab aku rasa sangat terhina dengan kata2 org. Maaf, andai ini mengguris hati sesiapa.
Mrs Rose
Friday, 16 August 2019
Wednesday, 14 August 2019
AKU INSAN BERTUAH
Aku insan bertuah? Kenapa aku cakap macam tu. Sebab aku tak pernah berseorangan. Dari aku kecik sampai umur berganjak ke 29 tahun ni sentiasa ada insan lain di sisi aku. Masa belajar di UMK, aku dah mula kenal suami aku (yang masa tu boyfriend aku) Dia lah kawan aku, musuh aku, tempat aku luah perasaan, tapi assigment dia aku yang buat, maklumlah sekelasπ€£. Sampai habis study masih bersama, berpisah pun sebab praktikal tempat asing. Aku kat Arkib Penang, dia kat Pejabat Daerah Pasir Mas. Then aku kerja sementara sebelum sambung Master kat UKM, masa tu ada scholarship KPT ,Mybrain. Maka berduyunlah masa tu sambung master n PHD (yg mn sekarang duk tanam anggur ramai). Masa ni pun aku bertuah, sebab apa, sebab kakak aku adalah coursemate and roommate aku π. Sekelas ngn kakak beb, so assigment aku dia buat la π€£π€£ and masa tu pun aku ada kawan satu degree dengan aku ( sekelas dengan aku and suami, maknanya, aku kenal dia sekali dgn suami aku). Masuk sem kedua, suami aku n kawan kitaorang masa degree pun sambung Master sekali ngn aku. So, aku bertuah lagi sebab aku ada kakak, kawan2 baik n boyfriend aku yang sekelas sekali. Hahahah. Bertuahkan aku. Then aku dapat kerja dekat TudungStore.com sekali dengan boyfriend aku. Janggalkan, lelaki kerja kedai tudung.hahaha. Butik tu bos dia harapkan aku n boyfriend jaga. 6 bulan lebih jugak kerja sana. Still bersama2. Bertuahkan aku ππ. Tak lama lepas tu bestfriend kakak aku pun sambung master sekali jgk. So, makin ramai la 'penjaga' aku. Tak lama lepas tu kami dapat kerja enumerator, pun bersama2. Kan, masih bertuah π. Dalam bulan puasa 2017 aku dapat jawatan as Management Training dekat Mydin Mohamed Holding HQ. Sebulan lepas aku kerja, boyfriend aku pun dapat kerja tempat yang sama, lain floor je ππ . Aku floor 1,dia floor 3, masih 1 bumbung n 1 company. Setahun lebih jugak aku kerja kat sana dengan dia, aku up as Jr.Hr. Exec dia as Pesonnel Ordering kot. Kalau x silap la, tapi still gred sama. Kan, memang bertuah aku. Sentiasa ada orang yang aku sayang bersama2 aku. Allah tahu aku penakut, dia sentiasa hadirkan insan2 yang aku sayang untuk dampingi aku. Allah juga tahu, aku selalu kena tindas, kena tipu dengan kawan2, jadi dia dekatkan boyfriend aku, kakak aku n adik aku di samping aku πππ. Supaya aku selalu dilindungi. Aku berhenti kerja dari Mydin seminggu sebelum nikah, lepas 2 minggu nikah, aku hijrah ke Australia, mungkin kalau aku sorang, memang aku kena tipu, Alhamdulillah boyfriend aku yang kini dah sah jadi suami sentiasa bersama kau. Jadi aku tak perlu takut lagi dengan org2 sekeliling. Aku ada pelindung. And now kakak aku pun dah datang hijrah sini, mungkin jika diizinkan Allah, abang ipar aku akan datang sekali di sisi bini dia. Aku bertuah sebab sentiasa dikelilingi n dekat dekat dengan org2 aku sayang. Arwah abah pun tak bagi aku apply degree jauh2, aku berangan nak apply UMS, abah aku tak kasi, dia suruh kakak aku tukar semua ambik paling dekat je. UMK n UMT, alih2 buka balik semua kakak aku dah tukar. Ok sambung lain kali
BYE
BYE
Saturday, 9 March 2019
VISA SUBCLASS WA 010
Hi,
Nak cerita pasal visa pulak. Kalau datang ke Australia dengan niat nak kerja seeloknya apply la visa. jangan jadi illegal worker. Cukuplah negara kita Malaysia terkenal dengan korupsi, jangan nak tambah dengan illegal worker paling ramai di Aussie. Ikut link ni, korang hanya perlu bayar 35aud je untuk 1 application.
https://online.immi.gov.au/lusc/login
Dah masuk link tu ko register dulu. ikut yang dia nak. Alasan ko buat nanti jangan nak melampau sangat, guy la, lesbian la. Cakap jela kat Malaysia kerja gaji murah. Senang. Tak yah nak kelentong teruk sangat. Elok je visa aku lulus dengan jayanya sebab Malaysia gaji sikit.
Satu nak pesan, kalau krang 1st sampai takde kenal siapa2, just follow agent, korang akan kena tipu hidup2 tau. Serius ni, pengalaman aku dan suami. Agent 1st mintak 400aud seorang, refuse kena tambah 200aud. Agent 2nd pulak 250aud, refuse dah masuk sekali tu. Tapi kencing jugak, kawan aku buat dengan dia time refuse dia tak buat. Dah dapat duit lepas tangan je. Aku pun buat dengan orang jugak sebenarnya. Sebab tak de orang nak bagi link tu. Bila dah suruh orang login ambik masa sampai 2-3minggu tak buat lagi, bila aku mintak password and username dia tak nak bagi. So teruskan la buat dengan dia bayar 200aud seorang, sepatutnya 235ud, ntah macam mana dapat 200aud pulak. Yang ni pun dahsyat jugak, reason semua aku yang kena fikir, bagi kat dia, dia just copy balik, memang betul2 xde function bayar 200aud. Hahahahah. Tapi syukur tu reason dari aku, kalau agent buat macam haree jugak reasonnya. Duit tu macam sedekah je kat puak2 ni. Time refuse pun bila tanya dia macam taknak buat, berwasap la tanya, last2 senyap, tak reply. Padahal janji dah sekali bayar untuk refuse. Nasib ada insan mulia dan baik hati ajar cara refuse, free je. Alhamdulillah rezeki jumpa orang baik.
Time akak & kawan aku datang aku suruh dorang buat sendiri, jimat 35aud. Takyah bayar mahal2.
Nanti citer pasal refuse pulak & edit letak gmbar. untuk visa n refuse. sekarang busy sikit

Manisnya Australia
hi, im back.
selepas 2 post pasal pahit je, harini masuk part manis pulak.
Apa yang indahnya pasal Australia ni?? Ermmmmm. Bagi aku banyak indahnya. Untuk perubatan, part yang paling aku suka, sebab aku kerap sakit, macam2 penyakit yang aku dapat. Hahahahaha. Perubatan adalah PERCUMA ataupun bayar sikit je. Tu pun kalau korang dah dapat VISA la. Visa type A, Visa type C, tak boleh dapat untuk perubatan ni. Lepas dapat Visa, means lepas korang dah thumb print kat immi, dah bleh apply medicare. Medicare ni macam 1 kad untuk untuk perubatan, kalau ada medicare ni memang free @ bayar sikit je untuk perubatan. Ramai kawan aku beranak kat sini, normal @ ceaser semua free je. Deman, sakit urat akan dapat layanan macam orang2 tempatan. Kalau Malaysia kena bayar kan? Sayangnya kerajaan Australia kat kami tau. Lepas je thumb print, 2 3 hari lepas tu pergi la apply medicare ni, ko jangan percaya kat orang 'lama' yang cakap nanti ETA visa (visa pelancong) habis tempoh baru boleh apply medicare. Itu semua poyooo. Haahhahah. Bila dah thumb print semua, visa tu dah aktif, tak yah nak tunggu, lepas 90 hari dari tarikh ko arrived at Aussie baru buat. Ni untuk perubatan percuma.
Lagi yang aku suka kat OZ ni, shopping. tak kira la shopping barang branded ke, makan ke, barang dapur ke, semua aku suka. Sebab apa? Sebab murah la. susu segar 3 liter baru 3aud. Kinder bueno 2aud beras basmathi 5kg, 14aud, kalau kena time less dapat 12aud je, telur 30biji dalam 8aud kat Woolworth. Kiranya berbaloi dengan gaji. Kalau dah kerja kat sini jangan la nak convert dengan duit Malaysia pulak. kalau convert semua la jadi mahal, lepas tu ko nak makan apa? Kalau Malaysia sejam kerja RM5.05 (minimum wages), nak beli snack plates KFC pun tak lepas. Kena 3 jam keje baru dapat. Kalau keja sini, kerja farm dengan gaji paling rendah 13aud (agent paling celaka yang bagi 13aud ni) dah dapat macam dinner plate 11.45aud. Siap lebih lagi. Tu sebab aku cakap yang barangan dekat sini berbaloi dengan gaji. sangat berbaloi.
Kereta? yang ni memang tak dinafikan. Sangat2 murah. Akak aku baru datang bulan 12, akhir bulan 12 hari, bulan 1 dah dapt beli kereta. Kerja baru seminggu, gaji dalam 700++aud, keta dia beli dengan harga 700aud, keluaran Daewoo, namanya Kalos. Ala2 Myvi la kalau Malaysia tu. tahun 2004, KM 88,000++. Kalau convert duit Malaysia dalam RM2000 je. RM2000 Malaysia nak beli keta dapat saga tahun 85an tu je, yang xleh nak gerak jauh. Aku pulak beli Honda Accord Euro. Hahahha. . dalam masa 2 bulan kami dah boleh beli honda tu. Keluaran 2004. Laki aku ni demand sikit. hahahahah. Harga dia dalam 3200aud. Kalau masa tu convert duit Malaysia dalam 9500++. Kalau Malaysia keluaran 2004, 2.4 dalam 40k hingga 70k. Masih mahal harga dia. Audi pun dalam 5k aud je, BMW 4k-5k dah dapat. Kalau demand sangat memang kena la dengan gaya ko.
Barang branded? Gucci, guess, converse, polo dan seumpamanya, memamg murah kalau dengan duit AUD la. Adidas, PUMA, FILA sangat murah. Kasut pun boleh dapat 20aud kalau sale. Takyah tunggu boxing day atau black friday, sekali tengok harga xde jauh sangat bezanya. Pampers budak pun dalam 10aud je. Ntah, aku suka masuk kedai2 macam pasaraya kat sini, harga tak lagi sangat. Dengan kata lain, dia macam dah kawal harga barangan dia. Dapat masuk Kmart, Woolworth, Coles, Aldi pun dah segarkan otak aku.
idea dah habis, next kita try update pasal visa lak ye.
Byeee

Wednesday, 6 March 2019
Sisi Gelap Bekerja Di Australia Part 2
Assalamualaikum, sambung balik...
Akhir bulan 10 aku mula bergerak sendiri, freelance. Sebab aku sakit hati duk bawah agent, kerja benda sama pick strawberry, tapi bayar lain. Bila dalam farm kita kan cakap2, sembang, tersebut pasal gaji. terkejut aku bila orang dapat 15aud, 16aud kadang cecah 18aud sejam. Bayangkan kerja sama, letih yang sama, tapi bayaran berbeza. Aku still gaji sama 14aud sejam, rumah sewa 90aud p/w. Orang lain sewa sendiri tak sampai 50 p/w. Then, aku dapat job stone fruit. Lumayan jugak gaji, seminggu cecah 800aud jugak la. Kerja pun tak berat sangat. Kerja paling lama 8jam je. Syok keja dia. Aku kerja sampai akhir bulan 12, tukar kerja grape pulak. time ni la semua sengsara bermula. Kerja tak sampai seminggu dah stop, tunggu buah masak. Akhir bulan 2 baru start. Mati leee nak kena cari kerja lain. Lepas tu bermula lah kerja part time, buat kacang, tomato, grape wine, rasberry dll. Ni semua kerja kontrak. Laju ko buat banyak ko dapat. Slow ko buat, sikit la dapat. kontrak bagi aku tak berbaloi sangat sebab aku slow. bayaran dia 1 crates tomato 6aud. 14kg, berat oo. Rasberry 0.80aud 1 punnet, 1 tray 4.80aud, dalam satu tray ada 6 punnet. sehari boleh dapat paling banyak pun 15tray je darab la 4.80aud, dah la kerja dari 6pagi sampai 5 petang. kacang pun sakit jugak. Taknak la cite, letih dengar ehh. Grape wine berbaloi, tapi kena tipu. Ada sub-cont budak Kedah, janji gaji cash, maksudnya balik keja terus dapat. 1 crates dia janji bayar 2.80aud. Bersungguh la kami buat sebab nak kejar target. Sampai 50 60 70 crates buat. Tapi gaji dekat 2 minggu baru dapat, dah la dapat 2.20aud 1 crates, dia cakap potong gst 21%. Ggt kejadahnya atas picker. nak marah kalau ingat. Aku tak berminat nak dengar penerangan dia, sebab dia ni memang penipu. Kalau kira2 dah 3 kali budak rumah aku kena tipu ngan mamat F ni. Memang aku takkan maaf dan halalkan setiap 1 sen aku yang dia tipu. kerja sini penat kot. Dengan musim panas lagi. Alih2 kena tipu. Sakit hati x? Sempat la aku menggangur 2 minggu, tak dapat kerja. Area Perth musim panas memang payah sikit nak dapat keja. lat2 aku beralih kerja stone fruit. Hhahahaha. Tu lebih bahagia. Memang beul orang cakap, Australia orang Malaysia ramai penipu, tikam belakang dan seumpamanya. bukan saling tolong menolong. Ni pengalam aku kena tipu, nanti aku ceritakan Manisknya Australia, cara buat visa, refuse visa, supaya yang nak datang tak kena tipu macam aku kena sebelum ni. Cukup la tu pengajaran bagi aku, harap orang lain tak terkena.

Sisi Gelap Bekerja Di Australia Part 1
Assalamualaikum semua.Alhamdulillah hampir 8 bulan aku di bumi kangaroo ni, dah lama nak menulis tak ada masa plus malas. hahahaha. Blog lama dah menghilang entah kemana, terpaksa create baru. Jom start.
Aku sampai di bumi kangaroo pada 5/7/2018, ikut agent dari Malaysia, dia cas kami satu kepala RM250, di janjikan dengan pekerjaan setiap hari, sewa rumah 80aud seorang, perweek. Sampai kat sini ada agent lain yang kami kena ikut. Orang India dari Sabah ke sarawak, aku lupa. 1st time jumpa agent ni ayat dia adalah 'jangan percayakan orang lain, sini orang Malaysia ramai penipu' (tak sedar masa tu aku dah kena tipu pun). Kami stay homestay dia dekat area Belmont, lepas sehari, sehari delay untuk ke tempat keja. Aku dah cuak masa tu. Asal lama sangat, orang datang nak cari duit. bukan nak bercuti. 4 hari stay Belmont kami di bawa ke Bullbrooke, rumah sewa untuk pekerja yang pick strawberry, dalam rumah tu ada 4 bilik, 14 orang duk situ termasuk aku dengan husband. Ada orang sabah, Sarawak dan 1 akak Kelantan. Rumah tu campur lelaki dan perempuan. Ok yang ni tak pe lagi, sebab aku fikir balik tuk tido je, siang hari kerja. Tapi, lepas sampai rumah tu pun, lepas sehari, sehari delay. Tambah lagi cuak. 3 hari lepas tu baru kerja tak silap. Farm pertama aku pergi, supervisor dia rang Sarawak. Baru je tolak troli dah kena maki. Mauk line pun kena maki, pick buah pun kena maki. Boleh kata dari pukul 7am sampai 10am kena maki je. Sedih weh, redha jela, dah ko nak datang. Hahahah. gaji aku masa tu 13aud sejam. Ingat ke dapat la kerja sampai 10hour, sekali kena 3 hur je. Lepas tu cuti lagi. Budak2 Sabah cakap seminggu sekali atau 2 kali je pick. Eh, agent aku kat Malaysia cakap kerja hari2. Apak dia. hahahah. cas mahal, kerja xde. Dah mula sakit hati. Aunti agent tu dah paksa2 kami buat Visa dengan dia. dias cas 400aud seorang, refuse 200aud sorang. Mahal woo. Aku bincang dengan suami, nak balik ke atau pergi Coff Harbour. Bincan-bincang, teringat seorang budak kampung yang tolong kami masa 1st sampai, tanya2 dia kami pun masuk la bawah agent Melayu lain. Budak besut. Bermula la kerja hari2. 2 minggu tanpa henti, sambil keja aku nangis, apalah nasib aku. kena kerja dalam hujan yang 100%, bayangkan lebat tak lebat hujan tu. Ko rasa? Bukan aku je nangis, ramai ooo. Lepas dapat 1st gaji aku semangat balik, dapat dalam 1100aud seorang, untuk 2 minggu. Gaji masa tu pun 13aud seja, Lepas tu naik 14aud sejam. Mula2 kerja sakit jungak tubuh, lama-lama aku biasa, demi impian aku, kalau nak duit ekspress datang la sini musim strawberry, ko akan rasa jadi kuli bwah kaki orang, dapat rasa duit berkat. Hahahahah, tunggu aku sambung part 2 sisi gelap bekerja di Australia.

Subscribe to:
Posts (Atom)